PUSAT R & D SELANGOR

OBJEKTIF OPERASI PUSAT R&D

a) Menyelaras Penyediaan Perancangan Strategik Negeri (Rancangan-Rancangan Jangka Panjang)
b) Memantau Penyediaan Pelan Pembangunan Negeri (RMk-9)
c) Memantau Pelaksanaan Polisi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan
d) Menyediakan Laporan Ekonomi Negeri
e) Mengumpul dan Menerbitkan Maklumat Asas Negeri
f) Menjadi Pusat Geodata Negeri (Data-Data Berkaitan Reruang Geografi / GIS )
g) Meningkat Penggunaan DEGIS Sebagai Sokongan Dalam Membuat Keputusan
h) Pewartaan Tanah Lapang dan Bangunan Kerajaan

OBJEKTIF OPERASI DEGIS

o Mewujudkan satu sistem DEGIS yang berupaya menjadi 'decision support system' dalam aktiviti perancangan dan pembangunan negeri

o Mewujudkan satu pusat 'geodata' atau 'clearing house' dalam pengumpulan dan penggunaan data yang berkaitan tanah/ruang geografi

o Mewujudkan pengkalan data DEGIS di daerah, PBT dan Jabatan Negeri ; o Membudayakan penggunaan DEGIS sebagai usaha ke arah pewujudan Kerajaan Elektronik

BIDANG TUGAS

a) Perancangan Strategik / Operasi.

(i) Menyediakan perancangan strategik negeri untuk tempoh jangka panjang;

(ii) Menyediakan rancangan lima tahun; dan

(iii) Menyelaras atau memantau penyediaan Pelan Pembangunan.

b) Penyelidikan Sosio-Ekonomi.

(i) Mengumpul maklumat penyelidikan mengenai Selangor dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan organisasi-organisasi lain yang membuat penyelidikan mengenai Selangor.

(ii) Menyediakan Laporan Ekonomi Negeri Tahunan dan tiap-tiap suku tahun, dan

(iii) Menyelaras atau memantau penyelidikan sosio-ekonomi di Negeri Selangor.

c) Memantau Pelaksanaan Pelan Pembangunan

(i) Memantau pelaksanaan hasil kajian Pelan Pembangunan dan penyelidikan-penyelidikan lain dan memastikan ia dilaksanakan dalam tempoh yang dijadualkan.

d) Membangunkan Sistem DEGIS.

(i) Menyelia dan membangunkan sistem DEGIS; dan

(ii) Membudayakan GIS dalam pentadbiran.

e) Pusat Geodata Negeri.

(i) Menjadi Pusat Geodata (DEGIS) Negeri yang bertanggungjawab bagi membangun dan menyelia mengenai pengumpulan pengurusan, pengoditan, piawaian, perkongsian dan penjualan data; dan

(ii) Menyelaras Pangkalan Data DEGIS Negeri yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan Pangkalan Data DEGIS di peringkat Jabatan, Daerah dan PBT.

f) Maklumat Asas

(i) Membangun dan menyelia aplikasi Sistem Maklumat Asas Negeri, Daerah dan PBT; dan

(ii) Mengumpul dan menerbitkan maklumat sosio-ekonomi Negeri Selangor.