Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) merupakan satu daripada unit dibawah Seksyen Penswastaan Dan Ekonomi Negeri Selangor (SPEN) yang bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan program berkaitan perancangan strategik/operasi, penyelidikan sosio-ekonomi, dan membangunkan sistem DEGIS (Darul Ehsan Geographical System) untuk mempasti dan menyumbang ke arah merealisasikan wawasan Negeri Selangor.

PUSAT R & D SELANGOR

OBJEKTIF OPERASI PUSAT R&D

a) Menyelaras Penyediaan Perancangan Strategik Negeri (Rancangan-Rancangan Jangka Panjang)
b) Memantau Penyediaan Pelan Pembangunan Negeri (RMk-9)
c) Memantau Pelaksanaan Polisi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan
d) Menyediakan Laporan Ekonomi Negeri
e) Mengumpul dan Menerbitkan Maklumat Asas Negeri
f) Menjadi Pusat Geodata Negeri (Data-Data Berkaitan Reruang Geografi / GIS )
g) Meningkat Penggunaan DEGIS Sebagai Sokongan Dalam Membuat Keputusan
h) Pewartaan Tanah Lapang dan Bangunan Kerajaan